Tuesday, January 19, 2010

Monday, December 21, 2009

Beberapa hari sebelum majlis

Kak Zai dah datang buat pelamin hari Selasa lagi. Yelah nyah, banyak job kan bulan 12 ni so siapkan la rumah yang jauh dulu. Kembang-kembang hidung setelah melihat hasil kerja Kak Zai untuk pelamin mak..
Kakteh (kakak saye) dipakse untuk mendesign bilik tidur pengantin. Pengantin mane boleh buat kerja kan kan kan.. hehe terima kasih kakak ku.

Bukan itu sahaja beliau dan Kak Ben (kakak ipar) juga menjadi pasukan bertanggungjawab decorate hantaran dengan fresh flowers. Plus hand bouquet sekali.
Time kasih pada sedare mare / anak2 jiran yang pack kan door gift, buat bunga rampai dan bermacam2 lagi

..to be continued

Friday, December 4, 2009

He went missing...

Jadikan lah cerita ini pengajaran..

Bertahun bersama belum tentu sampai ke penghujungnya. Siapa sangka yang dia akan diambil orang. Walau banyak mana sekali pun kita curahkan kasih sayang, namun jalan ini yang akhirnya menjadi pilihan.. dia kini bersama orang lain!


Majlis tinggal tidak berapa lama sahaja lagi. Tidak tahukah pencuri itu saya nak kawen tak lama lagi?? Macamana nak bergerak kalau kereta saya dicuri?? Tidak tahukah door gift, kad ada di dalam kereta dan barang itu amat penting sekali?? Mengapakah manusia kini sekejam ini?? Carilah duit sendiri.. Ni nak senang hidup, jadi pencuri sudah memadai.

Ceh, aku sungguh emosi!



Kini dia hanyalah memori..



Mujurlah si dia masih sudi menemani


Mungkinkah dia bakal menjadi pengganti?


Kita tunggu selepas ini. *wink*wink*



Cobaan...

Sunday, November 1, 2009

Pre-wedding photoshoot

It was a quick decision nak buat pre-wedding photoshoot since we don't have any plan for this earlier. So fiance's freind, Didi and rakan2 yang jadi photographer kami for this session. Basically ada dua session a) malam kami shoot di Tasik Perdana, idea asal nak buat depan KLCC (ala-ala baru habis majlis kawen kat Convention Centre) sekali lampu KLCC padam la bila midnight huhu
b) ahad pagi kami shoot di putrajaya bersempena tempat sebenar majlis kami nanti

Baju
Terima kasih banyak2 sangat la kat Kak Zai sudi meng'loan' kan persalinan seperti di bawah. Lagi credit, sanggup melayan kami yang datang dekat kul 12 siap tolong jahit kan baju nak kecikkan saiz. Di mana lagi nak jumpa butik owner sebegitu baik kalau bukan di sini.
*Chef recommendation (Zaifie Zainal Creation)
Makeup di sponsor khas oleh diri sendiri. Klik sini sebagai mempromosi diri sendiri. Mak makeup dalam keta je nyah. Makeup inspired by Tiar Zainal and Kim Kardashian ~muahaha~
Terima kasih kepada bonet kereta yang sudi menjadi stor sementara bagi segala kelengkapan yang diperlukan ada didalamnya

Dan..inilah antara hasil kerja Didi and rakan2. Ni purely raw picture, belum edit lagi.

Gambar lemak berkrim disukai ramai

Thursday, October 1, 2009

HIV Test



Tadi dah pergi buat HIV test kat Klinik Kesihatan Dato' Keramat. 5 mins walk from LRT Jelatek. Sesuai la dengan plan I nak melarikan diri je instead of amek half-day nak buat test ni.

Anyway, kena reserve dulu tarikh nak buat test HIV ni. Dengan erti kata lain, kene walk-in (telepon tak pernah nya angkat) nak gi reserve tarikh nak buat test. Klinik kesihatan kat KL, hari2 boleh buat test cuma start at 2.00 until 4.30pm sahaja. Dannnn.. macam yang aku pergi kat klinik ni, sehari diorang ambil 10 orang je untuk buat test, yang paling best sekali hari jumaat 5 orang jek! I think they can do better. Sigh.

Ceritanya..
1.30 lagi aku dah tercongok kat situ, budget nak buat cepat sebab 3pm ada meeting. 1.57 dia dah bukak so ok la. Tapiiii, pukul 2.15 orang yang sepatutnya jaga kaunter pendaftaran HIV test tak muncul2. Sampailah ada seorang minah ni bertanya kat seorang nurse lain mana kaunter nak register. Barulah nurse tu jerit 'Ni sapa yang in-charge kaunter HIV' Maka, dengan lenggang kangkung minah tu pun keluar. Ahhhh Padahal aku pun ada tanya kat orang lain, dia kata 'Tunggu je depan tu nanti orang tu panggil la'
Dey, mana ade bulan jatuh ke riba okeh! Malas nak ngumpat lebih2, tapi 2.50 baru aku setel buat test sedangkan saya adalah orang yang pertama!

Yang kelakarnya, tadi aku pergi sorang. Kebanyakkan memang datang cauple. So bila sampai turn aku, nurse panggil nama aku n seorang lagi lelaki. Bila masuk nurse pun kata 'Khairul.. dan.. Nurhidayah' Kami dua-dua pun jawab 'Eh, bukan..saya datang sorang'
Nurse pun kata 'Memang la, tapi awak Khairul.. awak Nurhidayah kan?' Alamak malu la kami ;p

Sebelum test ada pulak sesi bersoal jawab. Kalau tak ingat diorang suruh bukak pamplet. Aduss tensi, dah la dah lambat.

Info:
*Sebelum ni borang HIV kena ambil dekat pejabat agama, since July borang ni klinik yang sediakan.
*Ujian adalah percuma!!
*Klik di sini untuk senarai klinik kesihatan yang menjalankan ujian HIV (KL dan Putrajaya sahaja).
*Takpe kalau rasa takut sampai jari telunjuk kebas pun sebab sebenarnya tak sakit langsung. Lagipun tak semestinya dia cucuk jari telunjuk.
*Tingkatkan sifat sabar dalam diri anda kerana berkemungkinan besar anda mendapati yang anda sebenarnya sedang menunggu mereka habis berborak bukan menunggu giliran selepas pesakit lain.
*1 line maksudnya non-reaktif. ok la tu..
2 line maksudnya reaktif. Belum tentu anda ada HIV tapi diorang akan hantar sampel darah pergi makmal untuk further investigation.
3 line ... aa lu pikirlah sendiri!

Wednesday, September 23, 2009

Barang kahwin di Ayer Hitam

Hari raya ke-3, ikut ayah n mama beraya rumah saudara n kawan2 ayah di Kluang. Tempat jatuh lagi dikenang kan.. Alang-alang dah lalu Ayer Hitam, mama ada tanya kalau nak beli apa2 di Ayer Hitam. Ada jugak dengar2 orang kata ada banyak barang kahwin kat situ. According to ayah, ada 2 tempat nak shopping, so yang kau pergi ni tak tahu lah belah mana hehe


Takdelah shopping banyak sangat, beli bunga telur untuk pahar and nak bagi orang merenjis. Sebelum raya, ada survey2 kat kedai Jalan TAR. Alahai lari budget la nak beli, kalau yang Ok sikit tu harge RM3 ke atas.. kali 100 untuk bunga pahar, pengsan la En Ami.

Actually kat sini tak la sebanyak kedai di Nilai 3. Yang aku pergi ni, ade la 2 blok shoplot yang ade jual barang2. Tapi bahagian depan je happening. Aku pun tak survey semua kedai, since the first shop I entered, tengok harge die memang murah dari yang aku survey kat Jalan TAR and memang ada bunga yang saya sgt suka jadinya terus lah beli.

Masalahnye sebelum ni, aku nak cari bunga telur jenis sangkut untuk bunga pahar. Kat KL ade la 1-2 design, tak banyak and harge mahal gile, RM6. Hampir je berputus asa nak cari.

Ada 2 kedai yang aku sempat survey thoroughly, harga pun lebih kurang.

Kedai Pertama : Kedai Bunga & Barang Pengantin Song Say Chew


Bahagian depan kedai ni jual bunga, nak tengok barang2 kahwin kena masuk dalam. Aku beli barang kat sini je sebab banyak yang ada kat sini.



Masa nak bayar nampak pulak gambar Nana ERA. Rupanya shopping kat sini ek.. hehe


Tuan kedai siap mintak camera nak ambil gamba hantaran yang diorang buat nak soh promote.


Kedai Kedua : Sri Gaya Handricraft
Kedai lebih besar dari kedai pertama. Bunga telur memang banyak kat tingkat 2. Cuma yang aku berkenan tu ada kat kedai pertama. Harga pun lebih kurang.




Tips: Harga yang diorang display tu boleh bargain lagi. Boleh dapat bunga telur RM1 satu, tapi design memang cantik. So berbaloi-baloi!

Barang-barang yang dibeli:

1)Bunga telur untuk merenjis
RM2.00
Jenis: Bunga kain stocking




2)Bunga pahar
RM1.00


3)Dulang hantaran
RM15.00


4)Bakul rotan
1 set - ada 3 saiz
RM35

Friday, September 11, 2009

Gaya rambut akad nikah - Sanggul

Sanggul macamana yang menjadi pilihan hati ek..

These are classic






Atau modern look..






Atau nak nampak sweet ala-ala Nora Danish yang memang dah sweet



.. masih memerah otak!