Monday, December 29, 2008

Wedding File Created!

So apa dia wedding file ni?

Ok selalu kan beli majalah Pengantin sebab nak tengok wedding dress la, contact catering etc. And selalunya some of the information je yang kita rasa interested kan, so in this case I just pull out any related info and fail kan.
Kadang-kadang dah tanda page yang kita may refer back in future, konon takut lupa la so lipatkan sikit hujung page tu. Tapi bila nak cari balik, bukan page tu yang lupa, buku Pengantin yang mana satu pun tak ingat!
So lagi senang kalau kita koyakkan je page yang berkenaan and simpan dalam fail lain.
Bila nak check pun senang or ada follow up information, all in one file!

Lagi bagus ada satu notebook that works together with the file.

p/s Soalan yang saya TAK NAK dengar lagi untuk 2009 ni 'Bila nak kahwin'
huhu..
kalau saya kahwin nanti saya ajak la, kalau belum ajak maksudnya belum nak kahwin lagi la.

Tuesday, December 23, 2008

Pick-a-date

2009 Calendar

*Click to enlarge

The Planning

Kalau asyik fikir masalah, boleh jadi terus malas nak kahwin ;p So lebih baik fikir persiapan, baru semangat sikit =)
Basically, I have more or less a year to my wedding day. I think it’s good to start planning and having the timeline now.
I drafted out the planning like the expected expenses, timeline and guest database.

Expenses and Timeline
Boleh la start list down kan apa yang kena beli so at least kita boleh assume total cost – and berapa yang kita kena ada for our wedding. Apa item yang kita nak list down tu depends berapa banyak majlis yang nak dibuat. Macam kami, akad nikah di rumah saya dan majlis bersanding kami sekalikan buat di dewan.
I combine my expenses and timeline in one sheet. Anyway I guna Excel; mudah untuk calculate and buat apa2 table. The main reason I combined, sebab senang nak tau berapa RM kena ada pada bila masa. Lagipun kalau semua info ada dalam sheet yang sama lagi senang.

Guest Database
Pun dalam Excel. Senang untuk filter atau search. Nak calculate berapa orang akan hadir pun senang. Lagi-lagi kalau buat kat dewan, jumlah guest nak kene accurate takut seat atau makanan tak mencukupi.
Bagusnya database ni buat awal supaya nanti takla susah sangat nak kerah otak nak fikir siapa kita nak invite. Macam sekarang, kalau teringat je terus enter dalam database. Dan alamat pun akan dimasukkan supaya nanti boleh print nama and address terus, takyah nak tulis tangan.
Pastu lekat je kat kad tu.

The Challenge

Memang selalu orang kata kalau cerita persiapan nak kahwin je, mesti ada macam-macam masalah. Dari sekecil-kecil hal sehinggalah masalah sebesar alam. Memang wajib ada ek?
Yelah, masa bercinta berdua bolehla ‘I love you’ – ‘I love you too’ sekarang family la, mak cik la, saudara jauh dekat semua pun akan indirectly/directly involve.
Ada yang plan nak buat lambat lagi tapi kena rush pula buat awal. Ada yang sebaliknya, hmm aku la tu. Memang la ada yang kata, mana-mana pun takpe asalkan kahwin. Betul, tapi individu yang nak kahwin tu pun mesti ada something yang dia cita-cita kan, ape salahnya kalau kita respect apa/bila yang dia nak buat on her/his wedding day. Semua orang pun ada turn masing-masing, ada yang dah merasai atau akan merasai saat tu. Kadang-kadang ada campur tangan yang lebih kepada menyusahkan dari menyenangkan.
Rasanya bila masalah campurtangan ni berlaku, memangla akhirnya ada yang beralah – kalau si nak kahwin yang beralah, habis cerita tapi hati tak gembira kan. Kalau si campur tangan pulak beralah, mungkin ada permusuhan. Kan lagi bagus sebelum campur tangan fikir dulu baik buruk, sebab mana-mana kemungkinan yang berlaku selepas campur tangan lebih banyak buruk dari baik.
Saya hormat nasihat dari yang lebih tua, selagi nasihat itu tidak ada konflik dengan agama. Dan kadang-kadang kita sememangnya lebih tau apa yang terbaik untuk diri kita sendiri, yang lain.. berilah pandangan bukan keputusan.

Welcome Note

Yippee, I've been thinking about creating a new blog since last month and now it's here!

Well, the blog title tells.. As much as I'm excited, I would also like to share the process because now getting married is probably one of the most stressfull period of your life. There are millions of things to think about and to worry about - for ladies especially.

As saying goes "guys are all about the proposals and the ladies are all about the wedding".