Tuesday, December 23, 2008

The Challenge

Memang selalu orang kata kalau cerita persiapan nak kahwin je, mesti ada macam-macam masalah. Dari sekecil-kecil hal sehinggalah masalah sebesar alam. Memang wajib ada ek?
Yelah, masa bercinta berdua bolehla ‘I love you’ – ‘I love you too’ sekarang family la, mak cik la, saudara jauh dekat semua pun akan indirectly/directly involve.
Ada yang plan nak buat lambat lagi tapi kena rush pula buat awal. Ada yang sebaliknya, hmm aku la tu. Memang la ada yang kata, mana-mana pun takpe asalkan kahwin. Betul, tapi individu yang nak kahwin tu pun mesti ada something yang dia cita-cita kan, ape salahnya kalau kita respect apa/bila yang dia nak buat on her/his wedding day. Semua orang pun ada turn masing-masing, ada yang dah merasai atau akan merasai saat tu. Kadang-kadang ada campur tangan yang lebih kepada menyusahkan dari menyenangkan.
Rasanya bila masalah campurtangan ni berlaku, memangla akhirnya ada yang beralah – kalau si nak kahwin yang beralah, habis cerita tapi hati tak gembira kan. Kalau si campur tangan pulak beralah, mungkin ada permusuhan. Kan lagi bagus sebelum campur tangan fikir dulu baik buruk, sebab mana-mana kemungkinan yang berlaku selepas campur tangan lebih banyak buruk dari baik.
Saya hormat nasihat dari yang lebih tua, selagi nasihat itu tidak ada konflik dengan agama. Dan kadang-kadang kita sememangnya lebih tau apa yang terbaik untuk diri kita sendiri, yang lain.. berilah pandangan bukan keputusan.

No comments: