Wednesday, September 23, 2009

Barang kahwin di Ayer Hitam

Hari raya ke-3, ikut ayah n mama beraya rumah saudara n kawan2 ayah di Kluang. Tempat jatuh lagi dikenang kan.. Alang-alang dah lalu Ayer Hitam, mama ada tanya kalau nak beli apa2 di Ayer Hitam. Ada jugak dengar2 orang kata ada banyak barang kahwin kat situ. According to ayah, ada 2 tempat nak shopping, so yang kau pergi ni tak tahu lah belah mana hehe


Takdelah shopping banyak sangat, beli bunga telur untuk pahar and nak bagi orang merenjis. Sebelum raya, ada survey2 kat kedai Jalan TAR. Alahai lari budget la nak beli, kalau yang Ok sikit tu harge RM3 ke atas.. kali 100 untuk bunga pahar, pengsan la En Ami.

Actually kat sini tak la sebanyak kedai di Nilai 3. Yang aku pergi ni, ade la 2 blok shoplot yang ade jual barang2. Tapi bahagian depan je happening. Aku pun tak survey semua kedai, since the first shop I entered, tengok harge die memang murah dari yang aku survey kat Jalan TAR and memang ada bunga yang saya sgt suka jadinya terus lah beli.

Masalahnye sebelum ni, aku nak cari bunga telur jenis sangkut untuk bunga pahar. Kat KL ade la 1-2 design, tak banyak and harge mahal gile, RM6. Hampir je berputus asa nak cari.

Ada 2 kedai yang aku sempat survey thoroughly, harga pun lebih kurang.

Kedai Pertama : Kedai Bunga & Barang Pengantin Song Say Chew


Bahagian depan kedai ni jual bunga, nak tengok barang2 kahwin kena masuk dalam. Aku beli barang kat sini je sebab banyak yang ada kat sini.



Masa nak bayar nampak pulak gambar Nana ERA. Rupanya shopping kat sini ek.. hehe


Tuan kedai siap mintak camera nak ambil gamba hantaran yang diorang buat nak soh promote.


Kedai Kedua : Sri Gaya Handricraft
Kedai lebih besar dari kedai pertama. Bunga telur memang banyak kat tingkat 2. Cuma yang aku berkenan tu ada kat kedai pertama. Harga pun lebih kurang.




Tips: Harga yang diorang display tu boleh bargain lagi. Boleh dapat bunga telur RM1 satu, tapi design memang cantik. So berbaloi-baloi!

Barang-barang yang dibeli:

1)Bunga telur untuk merenjis
RM2.00
Jenis: Bunga kain stocking




2)Bunga pahar
RM1.00


3)Dulang hantaran
RM15.00


4)Bakul rotan
1 set - ada 3 saiz
RM35

Friday, September 11, 2009

Gaya rambut akad nikah - Sanggul

Sanggul macamana yang menjadi pilihan hati ek..

These are classic






Atau modern look..






Atau nak nampak sweet ala-ala Nora Danish yang memang dah sweet



.. masih memerah otak!

Playlist for Akad and Resepsi

Sekarang tengah sibuk fikir apa lagu yang menarik for both akad and majlis bersanding nanti. Sekarang? Ya, sebenarnya dah lama terfikir apa lagu yang sesuai supaya tak nampak macam syok sendiri tapi nak guest pun 'ada feel' bila dengar lagu nanti.

Walaupun lagu-lagu indon memang tak dinafikan sedap didengar, Malaysian song apetah lagi kan.. (cover baik punya) tapi rasa macam nak play lagu-lagu lama. Biar tangkap leleh sikit maklong, paklong, pak ngah, mak teh, mak uda dan lain-lain.

Plan A

Majlis Akad Nikah
Memandangkan majlis di Kuala Pilah, so kami akan dendangkan tetamu pihak lelaki dengan lagu by local artist err band actually. Ha sape suruh kawen dengan orang Negeri Sembilan muahahaha..
Sila dengar lagu yang sedang didendangkan ini sebagai persediaan hehe
Kak Eeinz, sila bangga..

Majlis Resepsi
Pembukaan majlis - Music keroncong
Persembahan nyanyian - Lagu lama + lagu baru --> kena lagu cintan cintun la kan.
Penutup majlis - Nak play masa acara majlis dah habis so basically masa ni orang tengah berbual, pengantin entertain guest and masa tgh syok posing ambil gambar. Time ni tak sure genre apa yang sesuai.

So.. apakata survey?

Monday, September 7, 2009

Honeymoon

Masih mencari2 tempat untuk honeymoon? Apakata anda mengunjungi laman web AirAsia kerana sekarang ada promosi besar-besaran di mana anda boleh mendapatkan tiket sehala berharga kurang dari RM100 ke tempat seperti Bali, Krabi, Phuket dan pelbagai lagi (err tak ingat ape lg tempat yang ada).

Ok now, seriously sekarang ada promotion tarikh penerbangan murah bermula on 11 Jan 2010, April pun ada lagi. Cuma siang tadi ada tiket murah seawal 11 Jan, baru kejap tadi dah takde dah!! So hurry up!
Terpaksa delay seminggu for our honeymoon ke Bali ---> Total = RM316, great deal huh!

Kena cari la day by day nak dapat tiket murah, so far ape yang saya jumpa pergi paling murah RM79 and balik RM54.
Option lain, Krabi and Phuket.

http://www.airasia.com

Thursday, September 3, 2009

Door Gift

Saya tak survey banyak jenis door gift pun sebab memang dah plan nak bagi telur sahaja macam orang dolu-dolu.. So masa banyak spent untuk cari bekas yang sesuai untuk telur. Furthermore, macam Ami cakap kalau boleh bekas tu biarlah orang boleh simpan jadi kenangan. So kitaorang survey bekas di:
a)Kedai Romantika
*yg saya tahu ada di Kajang (Metropoint), Plaza Alam Sentral Shah Alam (HQ), Amcorp Mall PJ
b)KK Home Decor
*yg kitaorg pernah pegi di Kajang (Metropoint), SACC Shah Alam

Gambar kat bawah ambil masa di kedai Romantika di Amcorp. Cuma kat kedai Romantika harga fix, kat KK Home Decor boleh la kurang 10 sen kalau beli banyak.


Yang jenis ni, baru2 ni pergi kedai Romantika dia jual rm2.50 je, asal rm4.00. Cuma mungkin dah tak banyak and corak kene campur2 kalau nak cukup.


Yang 2 ni harga rm3. I bought yang bekas telur tu

Yang saya share kat sini salah satu jenis design, ada banyak design for each item.