Thursday, October 1, 2009

HIV Test



Tadi dah pergi buat HIV test kat Klinik Kesihatan Dato' Keramat. 5 mins walk from LRT Jelatek. Sesuai la dengan plan I nak melarikan diri je instead of amek half-day nak buat test ni.

Anyway, kena reserve dulu tarikh nak buat test HIV ni. Dengan erti kata lain, kene walk-in (telepon tak pernah nya angkat) nak gi reserve tarikh nak buat test. Klinik kesihatan kat KL, hari2 boleh buat test cuma start at 2.00 until 4.30pm sahaja. Dannnn.. macam yang aku pergi kat klinik ni, sehari diorang ambil 10 orang je untuk buat test, yang paling best sekali hari jumaat 5 orang jek! I think they can do better. Sigh.

Ceritanya..
1.30 lagi aku dah tercongok kat situ, budget nak buat cepat sebab 3pm ada meeting. 1.57 dia dah bukak so ok la. Tapiiii, pukul 2.15 orang yang sepatutnya jaga kaunter pendaftaran HIV test tak muncul2. Sampailah ada seorang minah ni bertanya kat seorang nurse lain mana kaunter nak register. Barulah nurse tu jerit 'Ni sapa yang in-charge kaunter HIV' Maka, dengan lenggang kangkung minah tu pun keluar. Ahhhh Padahal aku pun ada tanya kat orang lain, dia kata 'Tunggu je depan tu nanti orang tu panggil la'
Dey, mana ade bulan jatuh ke riba okeh! Malas nak ngumpat lebih2, tapi 2.50 baru aku setel buat test sedangkan saya adalah orang yang pertama!

Yang kelakarnya, tadi aku pergi sorang. Kebanyakkan memang datang cauple. So bila sampai turn aku, nurse panggil nama aku n seorang lagi lelaki. Bila masuk nurse pun kata 'Khairul.. dan.. Nurhidayah' Kami dua-dua pun jawab 'Eh, bukan..saya datang sorang'
Nurse pun kata 'Memang la, tapi awak Khairul.. awak Nurhidayah kan?' Alamak malu la kami ;p

Sebelum test ada pulak sesi bersoal jawab. Kalau tak ingat diorang suruh bukak pamplet. Aduss tensi, dah la dah lambat.

Info:
*Sebelum ni borang HIV kena ambil dekat pejabat agama, since July borang ni klinik yang sediakan.
*Ujian adalah percuma!!
*Klik di sini untuk senarai klinik kesihatan yang menjalankan ujian HIV (KL dan Putrajaya sahaja).
*Takpe kalau rasa takut sampai jari telunjuk kebas pun sebab sebenarnya tak sakit langsung. Lagipun tak semestinya dia cucuk jari telunjuk.
*Tingkatkan sifat sabar dalam diri anda kerana berkemungkinan besar anda mendapati yang anda sebenarnya sedang menunggu mereka habis berborak bukan menunggu giliran selepas pesakit lain.
*1 line maksudnya non-reaktif. ok la tu..
2 line maksudnya reaktif. Belum tentu anda ada HIV tapi diorang akan hantar sampel darah pergi makmal untuk further investigation.
3 line ... aa lu pikirlah sendiri!

1 comment:

syarifah said...

tolong reply saya pon nak kena buat HIV test sebab nk kahwin.weekend dia ada bukak tak?please reply.thanks