Monday, December 21, 2009

Beberapa hari sebelum majlis

Kak Zai dah datang buat pelamin hari Selasa lagi. Yelah nyah, banyak job kan bulan 12 ni so siapkan la rumah yang jauh dulu. Kembang-kembang hidung setelah melihat hasil kerja Kak Zai untuk pelamin mak..
Kakteh (kakak saye) dipakse untuk mendesign bilik tidur pengantin. Pengantin mane boleh buat kerja kan kan kan.. hehe terima kasih kakak ku.

Bukan itu sahaja beliau dan Kak Ben (kakak ipar) juga menjadi pasukan bertanggungjawab decorate hantaran dengan fresh flowers. Plus hand bouquet sekali.
Time kasih pada sedare mare / anak2 jiran yang pack kan door gift, buat bunga rampai dan bermacam2 lagi

..to be continued

Friday, December 4, 2009

He went missing...

Jadikan lah cerita ini pengajaran..

Bertahun bersama belum tentu sampai ke penghujungnya. Siapa sangka yang dia akan diambil orang. Walau banyak mana sekali pun kita curahkan kasih sayang, namun jalan ini yang akhirnya menjadi pilihan.. dia kini bersama orang lain!


Majlis tinggal tidak berapa lama sahaja lagi. Tidak tahukah pencuri itu saya nak kawen tak lama lagi?? Macamana nak bergerak kalau kereta saya dicuri?? Tidak tahukah door gift, kad ada di dalam kereta dan barang itu amat penting sekali?? Mengapakah manusia kini sekejam ini?? Carilah duit sendiri.. Ni nak senang hidup, jadi pencuri sudah memadai.

Ceh, aku sungguh emosi!



Kini dia hanyalah memori..



Mujurlah si dia masih sudi menemani


Mungkinkah dia bakal menjadi pengganti?


Kita tunggu selepas ini. *wink*wink*



Cobaan...